Headlines News :
Home » » Bonus : P.Pinang & Selangor meniru kerajaan Pusat -Tajuddin

Bonus : P.Pinang & Selangor meniru kerajaan Pusat -Tajuddin



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abd Rahman berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat. 

"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.

 Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.

 Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. -BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger