Headlines News :
Home » , » Musa kecewa sandiwara abang pilih pembangkang

Musa kecewa sandiwara abang pilih pembangkang




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sedih dengan sandiwara politik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memilih berada di pentas pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Musa yang juga adik kepada Abdul Kadir menyelar sikap abangnya yang pandai berdolak-dalik semata-mata untuk menyokong pembangkang dan memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut menyifatkan abangnya itu sebagai orang yang kecewa dan tidak berpendirian.

 "Tidak usahlah bersandiwara, semasa menjadi menteri dahulu kenapa tidak memberi peluang seperti yang beliau cakapkan," katanya ketika berceramah di Kampung Pak Bong Kupang, dekat sini malam tadi. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Musa menegaskan, beliau dan ahli keluarga lain tetap menghormati Abdul Kadir sebagai abang kandung tetapi tidak boleh menerima tindakannya atas alasan politik.

 Katanya, abangnya satu ketika dahulu banyak menasihatkan beliau dan adik-adiknya yang lain supaya terus bekerja kuat untuk UMNO tetapi berikutan berlakunya sedikit masalah, beliau bertindak keluar parti. Jelasnya, semasa Abdul Kadir mahu keluar berceramah juga beliau banyak kali menasihatkan abangnya itu supaya berfikir panjang dan tidak terburu-buru dalam sebarang tindak-tanduknya.

 "Mungkin beliau tidak sedar semasa dalam kerajaan dan memegang jawatan, Pas banyak menghentamnya tetapi apabila berada bersama pembangkang beliau bertukar haluan pula," ujarnya.

 Sehubungan itu, Musa berharap, rakyat di daerah itu tidak terikut-ikut dengan rentak Abdul Kadir dan tidak terpengaruh dengan ucapan yang tidak benar serta cuba meraih undi semata-mata.
Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 1, 2012 at 10:59 AM

SIKADIR NI SORANG ARTIS. MESTI LAH PANDAI BERLAKON. LAKONAN ORANG YANG GILE PANGKAT. UDAH LAH KADIR, BAGILAH PELUANG KEPADA ORANG LAIN PULA. KALAU ANUAR MENANG PUN ENGKAU TAK ADE HARAPAN NAK JADI MENTERI TAU

Anonymous
May 1, 2012 at 1:50 PM

Aku nak tengok pecacai pembangkang nak gelar apa kat dia, sebab kalau orang pembangkang yang join BN mereka akan gelar katak la raja katak la...tapi apa gelaran pula jika join perusuh rakyat(PR).

Anonymous
May 1, 2012 at 3:22 PM

Macamana hitam kulit kau kadir begitulah uitam hati kau macam anjing ja kau tu. bila kau nak mampus kadir. muga kau mati dilnggar lori kadir. amin.

May 2, 2012 at 10:28 AM

Betul tu, dulu PAS banyak kutuk Abdul Kadir sebab dia suka pakai "Bow Tie".

Anonymous
May 2, 2012 at 5:21 PM

Dulu aku ingat lagi masa kadiaq ni jadi menteri pelancongan yang memperkenalkan program citrawarna atau ape-ape program kat dataran merdeka. Ade sorang penyokong pembangang yang takde insuran mulut bercakap, kalau ade progeam kementerian perlancongan ni kene ade lampu banyak sebab takut tak nampak Menteri.

Haa, paham-paham je la kenapa?? Sebab menteri dia gelap la kan. Tapi hari ni kadiaq pi jilat pungkoq pembangang pulak, seronok penyokong mereka tu, dulu cukup kene maki, la ni mereka puji. Tapi kadiaq juga la yang bodoh.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger