Headlines News :
Home » » Kos bina semula kuil ditanggung Penang Port

Kos bina semula kuil ditanggung Penang Port




GEORGETOWN - Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata PPSB akan menanggung semua kos pembinaan semula sebuah kuil yang dirobohkan kerana berada berhampiran saluran paip kimia berbahaya di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT).

Beliau berkata pihaknya telah membuat keputusan segera selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan masyarakat Hindu di kawasan berkenaan mengenai perkara itu.

"Sebuah tapak baru telah dikenal pasti, agak jauh sedikit dari tapak asal, kini sedang menunggu keputusan daripada jawatankuasa keselamatan yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Apabila disahkan bahawa kawasan yang baru itu selamat maka pembinaan kuil yang baharu akan dibuat dengan kadar segera dan kosnya ditanggung oleh PPSB," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Teng Hock Nan itu turut dihadiri oleh Pengerusi BN Negeri yang baharu iaitu Teng Chang Yeow. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger