Headlines News :
Home » » Kenduri Rakyat 1 Malaysia di Bayan Baru disabotaj kerajaan DAP ?

Kenduri Rakyat 1 Malaysia di Bayan Baru disabotaj kerajaan DAP ?




Umno Bahagian Bayan Baru hari ini mendakwa telah mendapat permit polis bagi memasang khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini esok sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Ridzuan Bakar berkata, sehubungan itu tidak timbul isu kononnya khemah untuk majlis kenduri itu didirikan tanpa kebenaran dan telah menutup jalan.

 "Khemah mula dipasang sejak semalam dan kami tidak menghadapi sebarang masalah daripada penduduk di sini kerana kami telah menyediakan laluan alternatif untuk kemudahan penduduk. 

"Sebaliknya mereka (pihak kerajaan negeri) menuduh kita tidak mendapat permit untuk mengadakan majlis berkenaan dan pembinaan khemah itu mengganggu lalu lintas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Terdahulu, berlaku perang mulut di kawasan khemah itu selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin mendakwa tindakan memasang khemah itu adalah salah kerana tidak mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

 Ridzuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kenduri Rakyat 1Malaysia itu berkata kedua-dua wakil rakyat pakatan pembangkang itu telah datang memarahi pekerja yang sedang menyusun kerusi meja. Bagaimanapun keadaan kemudiannya menjadi reda apabila kedua-dua wakil rakyat berkenaan beredar dan berkata bahawa MPPP tidak boleh dipersalahkan jika meroboh khemah itu kerana ianya dipasang tanpa kebenaran majlis itu.

 Majlis kenduri rakyat yang dijangka bermula pukul 10 pagi esok itu menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung dengan Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan nelayan kepada penerima yang layak.- Bernama
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 25, 2012 at 7:30 PM

Berani roboh... nantikan natijahnya dan bencana yang bakal menimpa...

April 26, 2012 at 4:28 PM

kerajaan pakatan pembangkang telah menunjukkan kelemahan mereka, apa bila TPM hendak hadir untuk bersama rakyat negeri pulau pinang. sebagai rakyat pulau pinang berasa sungguh kecewa dengan sikap anti politik ini. oleh itu semua rakyat pakat fikir2 le adakah mereka ini kita nak bagi lagi memerintah negeri pulau pinang... pakat2 tolak mereka di PRU 13. amin

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger