Headlines News :
Home » , » Pak Lah masih lagi hendak bertanding di Kepala Batas ?

Pak Lah masih lagi hendak bertanding di Kepala Batas ?




KEPALA BATAS 8 Feb. – Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Abdullah, terpulang kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan perkara itu.

“Saya serah kepada Najib untuk membuat keputusan dan saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana semua ini terpulang kepada beliau,” kata bekas Perdana Menteri itu selepas majlis penyerahan Insentif Peningkatan Hasil (IPH) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu Penaga (Datuk Azhar Ibrahim) dan Bertam (Datuk Zabariah Wahab) mengesahkan tidak akan bertanding pada PRU-13 nanti.
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 9, 2012 at 11:59 AM

SUH MANGKUK HAYUN TUA KUTUK NI RELAX LAGI BAGUS...

SEBAB MANGKUK NI LA BANYAK KEDAH DAN PENANG HANYUT...

LAGI 1 HARGA MINYAK PETROL YG BUAT AKU LAGI BENGKAK KAT TUA KUTUK NIE...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous
February 9, 2012 at 12:18 PM

Bagi lah can pada dia tok najib dia pun ta banyak anak cucu,na jaga.

Anonymous
February 10, 2012 at 8:56 AM

Pak Lah ni ego, tak pernah minta maaf pun atas segala kerosakan yg dia dah buat...

Anonymous
February 10, 2012 at 8:56 AM

Salah seorang bekas PTD yang menghancurkan negara!!!!!!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger