Headlines News :
Home » , » UMNO Bukit Gelugor bimbang Kampung Melayu Batu Uban bakal lenyap seperti Kg Buah Pala

UMNO Bukit Gelugor bimbang Kampung Melayu Batu Uban bakal lenyap seperti Kg Buah Pala




Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 6, 2012 at 7:39 PM

Dato Omar boleh setakat bersedih saja la, kehidupan orang Melayu di sekitar kawasan kampung Sg Gelugor dan kampung Batu Uban sudah beliau ketahui lama..sebelum pembangkang menguasai Pulau Pinang, tapi apa yg Dato lakukan utk majukan orang Melayu yg sebilangan besar di kawasan2 ni hidup di bawah paras kemiskinan..Dato hanya asyik jaga kloni2 saja, yg boleh jamin bagi undi untuk menang dlm UMNO..fikir2kan la..kami perlukah pemimpin macam Dato..

Anonymous
January 12, 2012 at 9:40 PM

apakah jasa anuar kepada rakyat pp semasa menjadi tpm selain dari memperkayakan kroninya. mereka bercakap pasal kroni,pada dasarnya merekahlah yang mengwujudkan kroni

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger