Headlines News :
Home » , » Tuduhan UMNO P.Pinang dalang kek replika najis satu pembohongan & fitnah

Tuduhan UMNO P.Pinang dalang kek replika najis satu pembohongan & fitnah




BUKIT MERTAJAM 11 Disember- Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin menyifatkan tuduhan fitnah oleh Dewan Pemuda PAS Pusat melalui kenyataan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS,Mohd Sany Hamzan yang menyatakan pembabitan UMNO Pulau Pinang terhadap insiden penyerahan Kek Najis Buat Guan Eng adalah satu pembohongan dan fitnah kepada UMNO Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS membuat kenyataan itu tanpa usul periksa dan terus menyalahkan UMNO Pulau Pinang sedangkan penyerahan itu dilakukan oleh sebuah NGO Pulau Pinang yang tidak puas hati dengan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Shaikh Hussein juga berkata akan bertindak menyaman Sany Hamzan ini jika permintaan untuk beliau memohon maaf kembali kepada UMNO Pulau Pinang tidak dilakukan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu juga sempat berseloroh menasihati Nasaruddin Tantawi membuang Pengarah Pilihanraya seperti itu yang membuat kenyataan tanpa ada hujung pangkal dan tidak ada wibawa dalam membuat kenyataan.

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 12, 2011 at 11:05 PM

piiraaahhhhh!!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger