Headlines News :
Home » , » Demonstrasi aman penarik beca tidak puas hati pentadbiran kerajaan DAP

Demonstrasi aman penarik beca tidak puas hati pentadbiran kerajaan DAP



GEORGETOWN: Lebih 100 warga Pulau Pinang termasuk kira-kira 50 penarik beca menyertai demonstrasi aman di Jalan Penang dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam, kerana tidak puas hati dengan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Perarakan bermula di persimpangan Jalan Penang/Lebuh Chulia selepas solat Jumaat menuju pusat pentadbiran kerajaan negeri di KOMTAR dengan melalui Jalan Penang sejauh kira-kira satu kilometer.
Sepanjang perarakan itu, peserta demonstrasi turut membawa kad manila serta melaungkan perkataan anti Guan Eng seperti 'LGE Pengkhianat Rakyat' dan LGE Lidah Buaya'.
Mereka berkumpul di depan pintu masuk utama KOMTAR sambil menjeritkan perkataan anti-Guan Eng sebelum Timbalan Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berucap.

Katanya, kumpulan itu termasuk penarik beca mengadakan demonstrasi aman sebagai bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri ke atas kebajikan rakyat Pulau Pinang.

“Kami berkumpul untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri mengenai rasa tidak puas hati rakyat terhadap perkara yang gagal ditangani oleh kerajaan negeri,” katanya yang meminta Guan Eng berjumpa mereka dan menerima memorandum berkenaan.

Mohd Rizuad turut meminta kerjasama anggota polis supaya membenarkan mereka berkumpul sehingga Guan Eng turun dari pejabat dan menerima memorandum berkenaan.
Selepas menunggu kira-kira 15 minit, seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri muncul untuk menerima memorandum bagi pihak Guan Eng, tetapi Mohd Rizuad enggan menyerahkan dokumen berkenaan.

Mohd Rizuad sambil menambah pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi pada masa depan selagi Guan Eng enggan menerima memorandum berkenaan.

Mohd Rizuad menjelaskan, antara lain memorandum itu berkaitan tindakan merobohkan gerai oleh kerajaan negeri, tindakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd memotong bekalan air pengguna yang gagal menjelaskan bil walaupun jumlahnya tunggakan kecil dan kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji pilihan raya lalu.

Selepas itu, peserta demonstrasi bersurai secara dan tiada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang, Abdul Latiff Mohamad, yang turut sama dalam demonstrasi itu, berkata pihaknya kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan penarik beca di negeri itu.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 19, 2013 at 1:26 PM

Hi can I ask a question? Where can I get the contact number for En Abdul Latiff Mohamad, the Pengerusi of Persatuan Penarik Beac Pulau Pinang?

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger