Headlines News :
Home » , » Akta Kebebasan Maklumat ( FOI ) diluluskan DUN PP

Akta Kebebasan Maklumat ( FOI ) diluluskan DUN PP




Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) diluluskan oleh ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang dengan undian 24 yang menyokong berbanding dua yang menentangnya, semalam.

Selebih 14 ADUN lain tidak mengundi kerana tidak berada di dewan apabila rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahaskan pada lewat petang.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy (atas) untuk bacaan kali kedua, setelah disemak untuk kali ketiga selepas tiga pusingan maklum balas dari 20 organisasi, termasuk beberapa parti politik, termasuk Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia.


Ia pertama kali dibentangkan pada 14 Oktober tahun lalu tetapi pada 1 November kemudian dewan undangan negeri memutuskan supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa terpilih khas yang dipengerusikan oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) (dua dari kiri) untuk semakan.

Kedua-dua undi yang menentang Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu datang adalah daripada ADUN Umno - Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dan Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua).
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 18, 2011 at 12:32 PM

kebebasan maklumat?
ha54x.
lawak bodo!!!
boleh caye ke lidah bewak ni?
media dr utusan pun tak lek masok dewan..... mcm na boleh kata kebebasan maklumat....?? :))

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger