Headlines News :
Home » , » Persatuan Kontraktor Melayu bantah pembukaan semula Lesen Kelas F

Persatuan Kontraktor Melayu bantah pembukaan semula Lesen Kelas F




 oleh : Dr MIM

1. Isu kontraktor kelas F bumiputera merupakan satu isu yang sangat kompleks dan sering diperkatakan di kalangan usahawan Melayu Malaysia.

2. Kengkangan dek limitasi nilai dan kuantiti projek di Malaysia telah menghantui seramai hampir 28,000 kontraktor kelas F seluruh Malaysia.

3. Daripada jumlah yang sangat besar, berapakah yang sebenarnya benar-benar aktif dan layak untuk diteruskan lesen F mereka?

4. Di bawah adalah kenyataan akhar Dato' Fadzil Hassan, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mengenai isu yang MiM katakan :-




5. Dan sebenarnya, jika ikutkan stail Lim Guan Eng DAP, kerajaan BN sepatutnya telah lama menghitamsenaraikan kontraktor-kontraktor kelas F di seluruh negara yang menghentam dan tidak menyokong BN.

6. Tetapi, nasib baik BN sangat pemurah dan tidak sekejam rejim DAP di Pulau Pinang.

7. Seperti yang diperjelaskan oleh Timbalan Presiden PKMM, dengan jumlah kontraktor F yang berjumlah puluhan ribu itu, maka adalah tidak praktikal jika kerajaan membuka lesen F untuk yang baru.

8. Tetapi adalah lebih praktikal jika kerajaan merujuk kembali kepada kewujudan kontraktor F yang sedia ada serta mengadakan proses pemutihan untuk memastikan kontraktor-kontraktor Melayu yang benar-benar tulin.

9. MiM juga bersetuju bahawa kontraktor-kontraktor sedia ada diberikan lebih pendedahan, kursus lanjutan dan semasa untuk memastikan mereka sentiasa kompetetif, berdaya saing dan akhirnya mampu berdiri di kaki sendiri.

10. Sudah terlalu banyak perkara yang negatif yang kita dengar tentang golongan ini dan sudah tiba masanya, kerajaan mengambil langkah drastik memastikan mereka benar-benar layak, tulin serta fokuskan dahulu kepada golongan yang sedia ada.

11. Isu-isu seperti kronisme dan Ali baba juga patut dipantau dengan serius supaya tidak berlaku ketirisan dan wang buta sehingga memburukkan nama Melayu itu sendiri.

11. Tetapi jika kerajaan berjaya memutihkan senarai sedia ada dan atas dasar ekonomi yang lebih mantap disertakan kuantiti projek yang lebih mencukupi, tidak ada salahnya jika lesen F itu dibuka semula.

12. Tapi, first thing first. Bila sudah selesai pemutihan dan segala yang disarankan seperti di atas, barulah kerajaan tambah, jika perlu.

13. MiM berharap agar pihak kerajaan dan kementerian yang terlibat dapat meneliti dan melakukan sesuatu tentang perkara yang diketengahkan ini.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 12, 2011 at 1:06 AM

AKU KONTRAKTOR DI PENANG MENYOKONG PEMBEKUAN LESEN KELAS F...

HANG CANGKUL...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger