Headlines News :
Home » , » NGO & pengusaha sukan air Batu Feringgi bantah tindakan kerajan DAP

NGO & pengusaha sukan air Batu Feringgi bantah tindakan kerajan DAP



PULAU PINANG 9 Sept. – Kira-kira 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengusaha sukan air di kawasan Batu Feringghi di sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan sukan air di kawasan pantai tersebut berkuat kuasa 6 September lalu.

Antara NGO terlibat, Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjong, Pertubuhan Insan Mulia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).

Sepanjang bantahan, kumpulan berkenaan bersorak sambil menunjukkan sepanduk ‘Jangan Bagi Rakyat Mengganas’, ‘DAP Pengkhianat Negara’, ‘Kerajaan Negeri Tutup Rezeki Kami’ dan ‘Kerajaan Sekarang Penuh Kemungkaran’.

Pengerusi Persatuan Melayu Tanjong, Fadzil Shuib berkata, demonstrasi itu bertujuan mendapatkan keadilan kepada pengusaha dan pengendali sukan air di situ yang terjejas sumber pendapatan mereka akibat tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengkaji terlebih dahulu tindakan tersebut sebelum menghentikannya kerana banyak pihak akan menjadi mangsa.

‘‘Saya rasa keputusan itu dibuat secara terburu-buru tanpa memikirkan nasib mereka yang bergantung rezeki daripada sukan air.

‘‘Kalau betul dakwaan bahawa mereka merupakan kerajaan yang berjiwa rakyat, sepatutnya mereka berunding sebelum membuat sebarang tindakan kerana aktiviti sukan air antara daya penarik pelancong luar ke Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger