Headlines News :
Home » , » Guan Eng tiada sifat patriotik , tergamak memburukkan tanah air sendiri - Ahmad Maslan

Guan Eng tiada sifat patriotik , tergamak memburukkan tanah air sendiri - Ahmad Maslan




KUALA LUMPUR, 27 Sept – “Ini bukan kali pertama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong dan mengelirukan rakyat. Sebelum ini isu rumah kos rendah yang sehingga kini masih belum berjawab dan kini timbul pula penafian tentang dakwaan beliau memburukkan negeri Johor di negara luar.

“Telah terbukti kenyataan Guan Eng memburukkan negeri Johor adalah benar. Saya kira ia perbuatan yang biadap yang dibuat oleh seorang Ketua Menteri kerana ia melambangkan satu kedangkalan dari segi memahami situasi semasa kerana penculikan dan jenayah berlaku di selruh dunia. Ia tidak berlaku di negeri Johor sahaja”.

Demikian menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai tindakan Lin Guan Eng memburukkan negeri Johor ketika menyertai mesyuarat bersama pertubuhan wakil asing FCA di Singapura pada 12 Ogos lalu.

Tegas beliau lagi, Lim Guan Eng tidak boleh mendabik dada kononnya dia membawa pelaburan ke Pulau Pinang kerana sebenarnya kerajaan pusat melalui agensi-agensinyalah yang telah membawa banyak pelaburan ke negeri Pulau Pinang.

Justeru beliau menyifatkan tindakan memburukkan negeri lain di negara luar satu perbuatan yang amat tidak patriotik.

“Kalau hal mengenai politik, kita berdebat secara politik tetapi memburukkan sebuah negeri lain oleh seorang ketua menteri adalah satu perbuatan yang amat melampau, biadap dan tidak boleh dimaafkan.

“Sewajarnya Guan Eng memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Johor atas apa yang dilakukan itu”, katanya.

Pemimpin pembangkang tambah beiau harus mengambil contoh sikap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri kerana apabila berkunjung ke luar negara mencari pelaburan, peluang perniagaan tidak pernah memburukkan negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

“Pemimpin pembangkang seperti Guan Eng dan Anwar Ibrahim apabila keluar negara langsung tidak ada sifat patriotisme pada diri mereka, sebab itu mereka tergamak memburukkan tanah air sendiri,” katanya.- MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger