UMNO Penang On-line mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah kerana telah memilih Barisan Nasional.
Kepercayaan pengundi-pengundi memilih Barisan Nasional perlu diterima dengan rendah hati dan lebih bersemangat untuk menyumbang bakti serta kembali mendekati rakyat.
Kemenangan ini bukanlah datang menggolek tetapi atas berkat kerjasama di antara jentera tempatan dan jentera luar Barisan Nasional yang bertandang di Galas dan Batu Sapi. Persefahaman ini mesti sentiasa dijaga dan dipupuk menjadi satu jentera pilihanraya yang lebih berkesan untuk PRU-13.
Dan kemenangan ini sebenarnya hanyalah permulaan kepada satu perjalanan yang berliku dan penuh tanggungjawab.
Post a Comment