Headlines News :
Home » » Wang ehsan RM100 dipulangkan oleh warga emas PP.

Wang ehsan RM100 dipulangkan oleh warga emas PP.

[caption id="" align="aligncenter" width="300" caption="Seramai 40 warga emas di Penaga, Kepala Batas P.Pinang memulangkan wang ehsan kepada Lim Guan Eng"][/caption]

Semalam seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri berlidah biawak bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka semua ini ada dari sekumpulan warga emas serta fakir miskin yang berasa terhina dengan perbuatan kerajaan negeri menggunakan duit judi lumba kuda untuk sumbangan kepada warga emas lalu memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga semalam . Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Datuk Azhar.

Wang yang dimasukkan ini akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat. Selain itu , ketika majlis berkenaa ada beberapa warga emas yang ketika ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan. Hal ini kerana terdapat rakan dan ahli keluarga yang telah pun meninggal dunia telah mengambil wang berkenaan tanpa mengetahui sumber sebenarnya wang tersebut .

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.







Admin: Dikhabarkan ramai lagi warga emas di seluruh P.Pinang yang bakal mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger