Headlines News :
Home » , » Penduduk Rumah Pangsa Seri Bagan tak puas hati perkhidmatan MPSP

Penduduk Rumah Pangsa Seri Bagan tak puas hati perkhidmatan MPSP



BAGAN DALAM - Lawatan Adun Bagan Dalam, A Tanasekharan bersama Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Farid Md Arshad ke Rumah Pangsa Seri Bagan di sini, dalam usaha meninjau masalah penghuni berlangsung dalam suasana tegang.

Sebahagian besar daripada penghuni terbabit menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka berkaitan kebersihan, ketidakselesaan dan kurangnya tanggungjawab pihak yang diamanahkan menyelenggarakan flat setinggi 13 tingkat selama ini.

Penghuni, Wahid Noor Mohamed, 48, berkata, sebahagian besar dari penduduk di situ terutamanya yang tinggal di tingkat bawah hidup dalam keadaan tidak selesa berikutan saluran paip najis sering tersumbat.

“Apabila saluran tersumbat, najis akan melimpah keluar melalui bilik air rumah di tingkat satu menyebabkan ruang tamu dan koridor berbau busuk,” katanya.

Bagi Mohd Uzhair Zainal Abidin, 45, keadaan sampah yang terbiar dalam tempoh yang lama juga turut mengundang masalah.

“Sepatutnya MPSP dapat bertindak tegas terhadap pihak yang diberi tanggungjawab menyelenggarakan kebersihan di sini, memandangkan aduan dibuat banyak kali sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tanasekharan berkata, pihaknya akan memanjangkan isu itu kepada Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan segera.




Tiada gunanya menuding jari mencari kesalahan pihak lain, kerana tindakan konkrit perlu disusun untuk menangani masalah ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah awal pihaknya sudah berbincang dengan Ahmad Farid untuk menghantar lebih banyak lori memungut sampah, selain menambahkan bilangan tong sampah di kawasan berkenaan.

Dalam masa sama, pihak penyelenggara bangunan itu perlu mengambil langkah segera membetulkan semua sistem pembetungan dan saluran kumbahan di bangunan berkenaan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger