Headlines News :
Home » , , » Guan Eng adalah pemimpin DAP penipu besar - Musa

Guan Eng adalah pemimpin DAP penipu besar - Musa



PULAU PINANG, 14 Sept – Sehingga kini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus membisu dan tidak memberikan sebarang reaksi atau penjelasan berhubung pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu walaupun sebelum ini mendabik dada mengatakan dakwaan tersebut kononnya sebagai fitnah.

Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa beliau tidak bersikap adil kepada seluruh rakyat di negeri itu sedangkan banyak tindakan beliau condong menafikan hak peniaga kecil terutama kepada orang Melayu dan India di mana banyak gerai-gerai dan premis perniagaan dirobohkan satu persatu.

Lebih dahsyat lagi Guan Eng dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lepas, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.

Malah difahamkan siasatan awal mendapti individu yang terlibat adalah lelaki berbangsa Cina.

Guan Eng juga begitu mudah melemparkan fitnah mendakwa kononnya UMNO terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Mengulas tindak tanduk Ketua Menteri itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir membidas Lim Guan Eng dan menyifatkan pemimpin DAP itu adalah seorang yang penipu besar dan pemimpin racis.

Menurut beliau pelbagai dakwaan dan fitnah itu adalah sesuatu yang terang dan nyata bagi menggambarkan pendirian serta diri sebenar Lim Guan Eng yang kononnya menerajui pentadbiran negeri berasaskan cekap, telus dan akauntabiliti.

“Apakah ini pemimpin yang dilaung-laungkan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih, telus, adil dan sebagainya. Apakah beliau layak mengakui Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya di dalam melaksanakan pemerintahan.

“Bukankah jelas amat jauh sekali kalau kita bandingkan….tidak layak langsung.. hanya cakap sahaja yang berdegar-degar namun rupa-rupanya terselit di celah-celah peribadinya sebagai penipu dan seorang yang racis,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Musa seterusnya percaya segala tembelang yang mula pecah hari ini akan terus merebak dan rakyat boleh membuat penilaian sebenar terhadap pemimpin yang tidak telus dan suka menunding jari kepada pihak lain.

“Itulah Ketua menteri Pulau Pinang…Apa yang berlaku sikit-sikit tuduh UMNO..sikit-sikit tuduh orang itu dan orang ini. Namun beliau sendiri tidak sedar bahawa beliau adalah pemimpin yang penipu.

“Kalau tidak menipu takkanlah sampai ke hari ini beliau masih berdiam diri dan tidak menjawab berkenaan isu perumahan kos rendah. Dan kalau tidak racis takkanlah sewenag-wenangnya tuduh UMNO yang terlibat dalam kebakaran di luar pejabat DAP baru-baru ini,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 17, 2011 at 12:21 AM

tolong kumpulkan apa saja hujah fitnah bangang ni pastu tolong saman...

saman jgn tak saman...

pejuang hamas...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger