Headlines News :
Home » , » Umno P.Pinang tidak masuk campur isu kritikan terhadap Koh Tsu Koon

Umno P.Pinang tidak masuk campur isu kritikan terhadap Koh Tsu Koon



Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang tidak akan masuk campur berhubung isu kritikan yang dilemparkan terhadap Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai menghormati Koh atas semangat Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno juga menghormati Pengerusi BN negeri itu kerana beliau dipilih oleh anggota parti Gerakan.

Bernama melaporkan bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri di Kepala Batas Selasa, beliau berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Koh juga tidak menjejaskan BN Pulau Pinang.

Ini kerana, katanya, Koh telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja BN negeri untuk menjalankan segala tugas dan aktiviti.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.

Akhbar baru-baru ini melaporkan kenyataan beberapa individu, termasuk bekas pemimpin Gerakan sendiri yang berkata parti itu perlu menyingkirkan pemimpin lapuk, termasuk presidennya jika benar-benar mahu menawan kembali Pulau Pinang.-16/8/2011
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger