Headlines News :
Home » » Guan Eng cuba cetuskan isu perkauman..

Guan Eng cuba cetuskan isu perkauman..


GEORGETOWN 18 Ogos — Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di pejabat DAP.

Ketuanya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenyataan Guan Eng itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

"Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sebarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama,” katanya kepada Bernama di sini.

Zainal berkata, kenyataan Guan Eng itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman,” katanya
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger