Headlines News :
Home » , » Pak Lah melawat pembinaan jambatan kedua P.Pinang

Pak Lah melawat pembinaan jambatan kedua P.Pinang




PULAU PINANG 10 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berpuas hati dengan perkembangan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan yakin ia mampu disiapkan pada 2013 seperti dijadualkan.

Menurutnya, perkembangan projek berkenaan sangat memberangsangkan dengan setiap perancangan berjalan lancar.

"Oleh itu saya yakin ia dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan," katanya selepas melawat tapak pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan Pengarah Urusannya, Profesor Datuk Ismail Mohd. Taib.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer iaitu terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai.

Projek itu dimulakan pada 2008 iaitu ketika era pentadbiran Abdullah selaku Perdana Menteri dan dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2013.

Jarak antara Jambatan Pulau Pinang dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah kira-kira lapan kilometer.

Abdullah menambah, jambatan itu yang pertama di dunia menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi gempa bumi.

"Ia boleh dipromosikan sebagai produk Malaysia yang canggih ke seluruh dunia," ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger