Headlines News :
Home » » Guan Eng tuduh anti PR & Bersih sebagai dalam sebar SMS palsu

Guan Eng tuduh anti PR & Bersih sebagai dalam sebar SMS palsu




GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi difitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS dengan mengatakan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM350,000 kepada yang menyertai perhimpunan Bersih tempoh hari.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah menyediakan sebarang peruntukan untuk sesiapa yang menyertai perhimpunan itu selain tidak pernah menyebarkan kenyataan itu menerusi SMS berhubung perkara itu.

“Sekiranya kita hendak mengeluarkan kenyataan, kita akan umumkan menerusi media, dan selepas itu baru kita akan menyebarkannya menerusi SMS. Penyebaran SMS ini menunjukkan ada yang tidak berpuas hati dan bertindak menyebarkan fitnah terhadap saya dan Kerajaan Negeri.

“Kita tahu siapa punya angkara, ia angkara mereka yang anti Pakatan Rakyat (PR) dan perhimpunan Bersih. Saya harap, sesiapa yang menerima SMS ini supaya tidak percaya kerana ia secara terang-terangan fitnah kerana Kerajaan Negeri tidak pernah menyediakan sebarang peruntukkan seperti yang didakwa,” katanya kepada media di Dewan Sri Pinang semalam.

Menurutnya, SMS yang meminta sesiapa yang terlibat dengan perhimpunan Bersih tempoh hari supaya menuntut RM300 setiap orang di pejabatnya di tingkat 28 Komtar itu dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali dan disifatkan sebagai sengaja ingin memburukkan imej PR serta Kerajaan Negeri.

Kelmarin, Guan Eng kesal dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan SMS berbaur fitnah yang cuba meniupkan isu perkauman.

SMS yang ditulis dalam dwi bahasa iaitu bahasa Mandarin dan Melayu itu berbunyi, ‘Lim Guan Eng telah arahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dalam perhimpunan tersebut. Biar orang Melayu bergaduh sesama sendiri’ disifatkan sebagai fitnah untuk dirinya sebagai Ketua Menteri serta Setiausaha Agung DAP.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 13, 2011 at 4:48 PM

u bikin cerita sendiri kata org buat fitnah. pelik semua peminpin PR suka berpura pura

Anonymous
July 14, 2011 at 12:09 AM

Guan Eng jangan buang masa.. clock ticking, as CM APA project you bawa sendiri masuk Penang?

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger