Headlines News :
Home » , , » Guan Eng nafi tak luluskan projek , cabar PERDA tunjuk bukti

Guan Eng nafi tak luluskan projek , cabar PERDA tunjuk bukti



GEORGETOWN - Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang sebarang projek yang dibina oleh agensi Kerajaan Pusat di Pulau Pinang jika ia mematuhi undang-undang yang ditetapkan

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, syarikat pemaju yang dilantik perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan semua projek dilaksanakan dengan rapi.

Beliau berkata beberapa projek yang dimajukan oleh Kerajaan Pusat mengalami pelbagai masalah selain mendapat rungutan pelbagai pihak.

“Lihat sahaja Bandar Perda. Sehingga hari ini ramai peniaga yang membuat aduan terhadap pelbagai masalah yang berlaku, terutama berkaitan sistem penyaman udara.

“Selain itu, beberapa projek di Balik Pulau juga menyebabkan banjir kilat dan menjejaskan banyak pihak,” katanya pada sidang media semalam.

Guan Eng turut menafikan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang mendakwa Kerajaan Negeri menghalang kelulusan projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

:Beliau turut menggesa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menyerahkan kembali semua kelulusan projek yang sudah diberikan jika mereka masih melemparkan tuduhan terhadap Kerajaan Negeri.

:“Kalau mereka dakwa Kerajaan Negeri tak luluskan projek mereka, itu satu lagi pembohongan. Sekiranya mereka masih meneruskan pembohongan ini, saya cabar Perda serahkan semula kepada Kerajaan Negeri semua kelulusan yang diberikan,” katanya.

Kelmarin, Zainal Abidin selepas menghadiri program Walkabout Barisan Nasional peringkat Parlimen Bukit Mertajam, berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Guan Eng dilihat mengamalkan double standard dalam meluluskan projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan agensi Kerajaan Pusat.
Share this post :

+ comments + 2 comments

July 27, 2011 at 1:46 PM

Salam...

Dengar khabar projek Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera di Teluk Kumbar tidak diluluskan sampai sekarang.

Syarat untuk kelulusan, gugurkan perkataan Bumiputera.

Sila siasat.

Anonymous
July 27, 2011 at 4:29 PM

sangkuriang : nampak sangat motif cine kapir ni kan...haktuihhhhh!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger