Headlines News :
Home » , , » DAP rakus dan rampas hak rakyat - Azhar Ibrahim

DAP rakus dan rampas hak rakyat - Azhar Ibrahim



BUTTERWORTH 27 Julai - Meskipun akur perintah mahkamah supaya mengosongkan Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim tetap menyifatkan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu mengambil alih premis itu sebagai merampas hak rakyat.

Menurut Azhar yang juga Ketua Pembangkang, perbuatan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat yang memerlukan bantuannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

ADUN Penaga itu memberitahu, mereka yang datang ke pusat tersebut terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang politik berbeza, termasuk daripada parti pembangkang sendiri.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah sesuatu yang merugikan rakyat. Dengan sikap rakus sebegini, mereka telah merampas kemudahan rakyat.

"Pusat ini bukan untuk orang Barisan Nasional (BN) sahaja, orang Pas pun berlambak-lambak datang. Saya tidak tolak satu pun permintaan mereka. Saya tiada kepentingan di situ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur menolak permohonan Azhar untuk membatalkan arahan kerajaan negeri supaya mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN Penaga.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger