Headlines News :
Home » » Kilang kicap terkenal P.Pinang bakal dirobohkan kerajaan DAP

Kilang kicap terkenal P.Pinang bakal dirobohkan kerajaan DAP


PULAU PINANG 21 Jun - Satu-satunya kilang kicap tradisional yang berusia 99 tahun di atas Tapak Warisan Dunia di Kampung Malabar di sini yang sering dikunjungi pelancong bakal dirobohkan atas nama pembangunan.

Pemilik Kilang Kicap Thin Seng, Yee Saik Choon, 74, berkata, dia menerima notis daripada tuan punya tanah, Syarikat Boon Siew pada Januari lalu supaya mengosongkan premisnya.

Bagaimanapun, jelasnya, selepas membuat rayuan, dia dibenarkan meneruskan operasi sehingga hujung tahun ini.

"Tapak ini saya sewa daripada Boon Siew dengan bayaran RM300 sebulan sejak 1912. Saya bimbang perniagaan ini akan berkubur memandangkan tiada tapak lain yang difikirkan sesuai sebagai pengganti," katanya di sini, hari ini.

Saik Choon menambah, dia telah menulis surat kepada Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow bagi membantunya menyelesaikan masalah itu tetapi sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong memberitahu, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu melindungi bangunan bersejarah dan membela perniagaan tradisional yang terdapat di Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 22, 2011 at 10:56 PM

Jangan takut lu orang cina....DAP pun cina ...boleh kautim punya ....kalau melayu.....itu kedai tak payah tunggu hujung tahun esok juga kasi hancur.
Itulah cara nya bila cina dan cina berurusan....ini bukan tipu- tipu tapi betul- betul. Tak pecaya tunggu !!!!!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger