Hari ini sebanyak 5 koperasi yang berada di kawasan Seberang Perai telah membuat laporan Polis bagi membantah Bersih 2.0 di Balai Polis Bandar Perda yang diketuai oleh Tuan Haji Ishak Bin Ismail selaku Pengerusi Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.
Turut sama ialah Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man Penyelaras Kadun Permatang Pasir serta hampir 40 orang ahli koperasi yang terlibat.
Turut sama ialah Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man Penyelaras Kadun Permatang Pasir serta hampir 40 orang ahli koperasi yang terlibat.
Bantahan dibuat kerana pada tarikh tersebut ada Perayaan Hari Koperasi Negara yang akan berlangsung di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh PM kita jadi perhimpunan ini akan dihadiri seramai 15 ribu orang dan dikuatiri akan menganggu perjalanan program tersebut.
Antara koperasi terlibat :
1) Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.
2) Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Guar Perahu Berhad.
3) Koperasi Perwaris Permatang Pauh Seberang Perai Berhad.
4) Koperasi Kepala Bukit Seberang Perai Berhad.
5) Koperasi Usahawan Tani Seberang Perai Berhad.
sumber : kami sedia
Post a Comment