Headlines News :
Home » , » Persidangan DUN PP 2011 bermula

Persidangan DUN PP 2011 bermula




GEORGETOWN - Majlis perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-12 yang diadakan di pekarangan DUN lancar walaupun sebelum itu ia hampir dibatalkan berikutan hujan lebat awal pagi semalam.

Ia disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang hadir bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff turut diiringi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebaik tiba di pekarangan DUN.

Beliau tiba sekitar 9.30 pagi dan kelihatan bersalaman dengan semua Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkumpul sejak 9 pagi.

Kelihatan ramai Exco dan ADUN lewat tiba pada majlis itu berikutan Pulau Pinang terutamanya Georgetown mengalami kesesakan jalan raya antaranya disebabkan air memenuhi beberapa jalan raya dan kerosakan lampu isyarat.

Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang seterusnya tabik hormat daripada Pasukan Simpanan Persekutuan No 3 yang diiringi Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah Darulaman.

Sidang DUN ditangguhkan sehingga Selasa depan kerana cuti umum, 1 Mei yang jatuh pada Ahad ini bagi memulakan persidangan hari pertamanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger