Headlines News :
Home » » PEMBANGKANG KELIRUKAN RAKYAT DAKWAAN PERSEMPADANAN SEMULA BERI KELEBIHAN BN - AZALINA

PEMBANGKANG KELIRUKAN RAKYAT DAKWAAN PERSEMPADANAN SEMULA BERI KELEBIHAN BN - AZALINA




SHAH ALAM – Dakwaan bahawa Syor Kajian Semula Persempadanan kerusi-kerusi Parlimen dan Dun bakal memberi kelebihan kepada BN tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, persempadanan semula yang dilakukan SPR mengikut lunas-lunas perlembagaan.

“Pembangkang dari dulu cuba untuk kelirukan rakyat tentang peranan dan bidang kuasa SPR.

“Apabila mereka menang, mereka kata SPR adil dan bersih tetapi apabila mereka kalah, mereka mula buat dakwaan yang tidak berasas seperti yang terjadi dalam Blackout 505,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa, cadangan persempadanan semula Parlimen dan Dun Selangor oleh SPR menguntungkan BN untuk menawan semula kerusi berpotensi.

Menurut Azalina, syor kajian semula itu boleh dibantah oleh pihak-pihak yang dibenarkan sekiranya timbul sebarang isu selepas ia dikemukakan SPR.

“Syor ini juga disiarkan di akhbar-akhbar tempatan untuk tujuan semakan dan bantahan. Justeru, tidak wajar untuk pembangkang politikkan perkara ini,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger