Headlines News :
Home » » GUAN ENG DAP DICABAR TUNJUK BUKTI - RAFIZAL

GUAN ENG DAP DICABAR TUNJUK BUKTI - RAFIZAL

Sudah terang lagi bersuluh Lim Guan Eng sememangnya menipu terutamanya buat penduduk di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu terus dikecam kerana sanggup berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila beliau mendakwa telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina jambatan ketiga di negeri itu.

 Jika benar, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim mencabar Guan Eng menunjukkan bukti kepada umum bahawa beliau ada menghantar surat permohonan berkenaan bagi menggantikan Terowong Dasar Laut yang menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang cabar Guan Eng untuk menyanggah kenyataan menteri kerja raya dengan mengemukakan surat menyurat berkaitan permohonan jambatan ketiga.

"Inilah perangai Guan Eng, apabila dia terdesak dan diasak dia akan menuding jari kepada orang lain. Dalam hal ini Menteri Kerja Raya telah sahkan tiada permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina jambatan ketiga,” kata Rafizal kepada BNBBC.my pada Sabtu.

 Justeru rakyat di seluruh Pulau Pinang seharusnya mengetahui wajah sebenar Guan Eng yang suka berdalih dan berbohong dalam menguruskan pentadbiran di negeri tersebut.

 Semalam, Guan Eng dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata kerajaan negeri tiada pilihan selain membina terowong itu kerana pembinaan jambatan di antara bahagian Pulau dan Seberang memerlukan kebenaran Kerajaan Persekutuan. 

Kenyataan itu dibuat kerana dilihat semakin tertekan ekoran penentangan berterusan termasuk daripada wakil rakyat DAP berhubung pembinaan terowong dasar laut dan seterusnya cuba menuding jari kepada Kerajaan Persekutuan.

 Menurutnya disebabkan kerajaan negeri tidak dapat membina Jambatan ke-3 antara Bagan Ajam dan Persiaran Gurney, maka terpaksa membina terowong dasar laut atas alasan bagi mengatasi kesesakkan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pulau Pinang sanggup membatalkan cadangan projek terowong dasar laut jika Kerajaan Persekutuan benarkan jambatan ke-3 dibina.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger