Headlines News :
Home » » Projek Kerajaan DAP Di Bantah

Projek Kerajaan DAP Di Bantah

Badan Perhubungan UMNO negeri men­desak Kerajaan DAP Pulau Pinang mendedahkan kepada penduduk negeri ini mengenai status ranca­ngan menambak kawasan laut Middle Bank di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya dimaklumkan kerajaan negeri sudah membuka cadangan (request for proposal) bagi kerja-kerja menambak kawasan laut seluas kira-kira 2,428 hektar itu. Menurut beliau, kerajaan negeri perlu menjelaskan secara terperinci mengenai projek pembangunan yang dirancang di kawasan yang ditambak itu sama ada bakal memanfaatkan penduduk negeri ini atau sebaliknya. 

“Kita membantah cadangan menambak Middle Bank ini dan mahu Kerajaan DAP Pulau Pinang memaklumkan kepada penduduk negeri ini sama ada kawasan itu akan dibina dengan unit rumah mampu milik atau projek-projek mewah dan komersial semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan kebimbangan dengan hasrat kerajaan negeri menambak kawasan laut itu yang turut dikenali sebagai Pulau Gazumbo. Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP iaitu Yap Soo Huey (Pulau Tikus) dan Teh Yee Chue (Tanjung Bungah) turut meminta kerajaan negeri mengkaji semula hasrat itu memandangkan Middle Bank merupakan habitat utama hidupan marin terutama rumpai laut di negara ini. 

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut mendesak Kerajaan Persekutuan menerusi agensi berkaitan memantau dengan rapi dan teliti sebelum memberi kelulusan kepada kerajaan ne­geri menambak kawasan berkenaan. Menurut beliau, pihaknya bimbang dengan nasib dan masa depan golo­ngan nelayan pesisir pantai sekiranya projek tambakan laut itu diluluskan kerana bakal menjejaskan mata pencarian kumpulan berkenaan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal Abidin turut meminta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) mendedahkan kepada umum mengenai hasrat suruhanjaya itu membangunkan tanah-tanah milik mereka di negeri ini. 

“Kita juga berharap syarikat di bawah Kementerian Pengangkutan ini turut mengambil kira kepentingan penduduk negeri ini dalam pembangunan tanah-tanah berkenaan terutama dari sudut penyediaan unit rumah mampu milik,” katanya. 

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger