Headlines News :
Home » » BN ADA PELUANG CERAH DI PRK PERMATANG PAUH - PENGANALISIS POLITIK

BN ADA PELUANG CERAH DI PRK PERMATANG PAUH - PENGANALISIS POLITIK





Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pastinya akan menunding jari kepada PAS sekiranya beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Beberapa Penganalis Politik mengakui peluang Wan Azizah di PRK Permatang Pauh sangat ‘tipis’ ekoran tindakan Pemuda PAS di sana ‘memboikot’ Presiden PKR itu setelah gagal memohon maaf serta menarik balik kenyataan tidak menyokong perlaksaan hudud.

Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian tidak menafikan isu tersebut akan mempengaruhi sokongan rakyat kepada Wan Azizah memandangkan Pemuda PAS di sana seolah-olah ingin membalas ‘dendam’ terhadap PKR yang dilihat lebih menyokong DAP dalam beberapa keputusan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Sivamurugan tidak menolak kemungkin tindakan tersebut mendapat sokongan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan-akan ‘berdiam diri’ meskipun terdapat usul dikemukan Timbalanya, Mohamad Sabu agar Pemuda PAS Permatang Pauh dikenakan tindakan.

‎"Apabila jentera Pemuda Pas negeri tidak bergerak, saya percaya pengundi juga akan mengambil langkah, sama ada tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes. Sejauh manakah ia boleh memberikan kelebihan kepada BN, banyak bergantung pada BN itu sendiri.‎

"Jadi, sedikit sebanyak tindakan Pemuda Pas ini akan mempengaruhi prestasi PKR. Tapi, masih terlalu awal untuk mengatakan ia mempengaruhi secara keseluruhan.

"Keputusan itu tidak datang daripada Presiden kan? Kalau arahan itu datang daripada Presiden secara langsung, barulah Pemuda akan memberi kesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penganalisis politik dari ‎Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman yang melihat kepimpinan PAS Pusat seolah-olah tidak berpendirian dalam menyatakan sesuatu keputusan.

Muhammad Fuad berkata, peluang Barisan Nasional (BN) di PRK Parlimen Permatang Pauh sangat cerah kerana kepimpinan tertinggi parti sudah menunjukkan kesetiaan terhadap perjuangan parti meskipun dilanda pelbagai isu kontroversi seperti perlaksaan Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) dan krtikan Tun Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurut beliau, walaupun dilemparkan pelbagai tuduhan khususnya daripada Tun Mahathir sendiri namun pemimpin parti berkenaan tidak mudah ‘melatah’ dan bertekad untuk menyokong Najib sebagai Perdana Menteri.

Perkara tersebut pastinya akan membuka mata pengundi-pengundi di sana untuk memilih pemimpin yang mempunyai pendirian supaya dapat membela nasib penduduk di sana selepas berakhirnya pilihan raya nanti.

‎"Mungkin ini manifestasi yang kita panggil politik baharu dalam Pas atau pembangkang. Di mana meskipun mereka datang dari parti yang sama tapi memberi ruang untuk mereka tidak bersetuju dalam isu-isu yang tertentu. Tapi isu-isu yang tuntas dan utama mungkin mereka bersetuju.

"Jadi, mungkin ini perwatakan politik pembangkang selepas ini. Cuma, mereka menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka ini goyah kerana tidak padu. Berbanding dengan BN yang kalau Pusatnya mengatakan A, semua akan ikut," ujar Muhammad Fuad. –UtaraNews.com
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger