Headlines News :
Home » » CALON PM : HISHAMMUDDIN ANGGAP AGENDA JAHAT MUSUH UMNO , JANGAN LAYAN

CALON PM : HISHAMMUDDIN ANGGAP AGENDA JAHAT MUSUH UMNO , JANGAN LAYAN




- Dakwaan mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri merupakan usaha jahat oleh tangan nakal musuh UMNO.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak layak mencabar dirinya untuk menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Ini merupakan usaha melaga-lagakan kita sahaja. Saya tidak akan layan," katanya kepada pemberita kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mengadakan tinjauan ke Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disini, hari ini.
Sebelum ini, satu kajian yang dibuat Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider yang mendapatinya paling dikehendaki sebagai perdana menteri akan datang.
Daripada kajian melalui 1008 responden itu, Hishammuddin meraih 19.8% mengatasi pencabar-pencabarnya yang lain iaitu  Khairy Jamaluddin (8.6%), Ahmad Zahid Hamidi (8.4%), Rafizi Ramli (3.9%), Azmin Ali (3.7 %) dan Nurul Izzah (1.7%).
Salasilah keluarga, kejayaan mengendalikan kehilangan pesawat MH370 dan imejnya sebagai bukan tokoh kontroversi dalam media menjadikannya pilihan semua kaum serta kepimpinannya lebih dilihat menggambarkan wajah Malaysia yang sebenar.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger