Headlines News :
Home » » PR DICABAR LANTIK GUAN ENG KETUA PEMBANGKANG

PR DICABAR LANTIK GUAN ENG KETUA PEMBANGKANG




Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicadangkan menjadi ketua pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, minggu lalu.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Umno Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin berkata, cadangan itu dibuat memandangkan DAP mempunyai jumlah kerusi Parlimen pembangkang tertinggi.

“DAP juga dilihat sebagai platform sokongan kaum Cina kepada Pas dan PKR yang menjadi punca kemenangan kebanyakan kerusi PKR dan Pas. Tetapi, Guan Eng masih boleh mempertimbangkan untuk melantik Presiden Pas atau mana-mana pemimpin Pas yang dilihat sesuai," katanya.

Menurutnya, tiada pemimpin PKR yang mampu menjadi ketua pembangkang kerana berlaku perpecahan dalam PKR yang menyokong pemimpin berlainan - Sinar Harian -
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 17, 2015 at 1:06 PM

Betul tu LGE sajalah jadi Ketua.
Bukan tak biasa. Bapanya dulu adalah Ketua Pembangkang!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger