Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO PP BIDAS DR AFIF HASUT RAKYAT TURUN JALANRAYA

PEMUDA UMNO PP BIDAS DR AFIF HASUT RAKYAT TURUN JALANRAYA




Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Dr Afif Bahardin (Timbalan AMK Pusat yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) kerana tidak dapat menerima keputusan yang dijatuhkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan. Beliau sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak menghasut rakyat supaya turun ke jalan raya kerana kononnya mahkamah tidak boleh dipercayai lagi.
Amat memalukan dan mengecewakan, Afif yang juga merupakan seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh rakyat Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bodoh sedemikian.Beliau sepatutnya menilai kembali perjalanan kes Dato Seri Anwar Ibrahim, mahkamah telah memberi peluang yang seluas-luasnya kepada beliau sehinggakan mengambil masa bertahun-tahun dan ditangguh berpuluh-puluh kali.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memandang berat terhadap kenyataan beliau ini yang boleh menimbulkan huru hara dan mendatangkan bahaya kepada keharmonian negara.Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin memohon kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat kenyataan ini di bawah mana mana akta yang berkaitan. Tindakan segera perlu di ambil supaya perkara yang tidak diingini boleh dielakkan.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menggesa Dr Afif Bahardin serta seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keputusan Mahkamah dan menghormati undang-undang negara.Jadilah rakyat Malaysia yang yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara:Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.
Sekiranya tidak, elok lah keluar saja daripada negara ini dan carilah undang-undang negara yang bersesuaian dengan selera masing-masing.
Sekian Terima Kasih
Salam hormat dari saya,
RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 12, 2015 at 9:22 AM

PDRM tangkap je mangkuk ni dibawah akta hasutan, orang yang cuba mengharu harakan negara memang layak duduk satu sel ngan ketuanya siketum, PDRM tangkap jgn tak tangkap ini semua punca segala rusuhan akan berlaku di Malaysia jika dibiarkan berlarutan, cegah sebelum parah.

February 12, 2015 at 10:26 AM

Nilah Dr Mangkok Hayon namanya....

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger