Headlines News :
Home » » ANAK TEMPATAN POTENSI CIRI -CIRI CALON BN PRK PERMATAN PAUH

ANAK TEMPATAN POTENSI CIRI -CIRI CALON BN PRK PERMATAN PAUH



BUKIT MERTAJAM: UMNO Pulau Pinang akan mengemukakan permohonan dan beberapa calon berpotensi kepada kepimpinan tertinggi parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata permohonan berkenaan akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat, selepas Dewan Rakyat mengumumkan secara rasmi kekosongan kerusi itu.
"UMNO negeri akan mengambil pendirian untuk memohon dan meminta kelulusan daripada Presiden parti, supaya kami diberi peluang untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh.
"Ini kerana, kita mahu seramai 72,153 pengundi diberi peluang untuk merasai pembaharuan bersama UMNO," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama 92 Ketua Cawangan UMNO di Permatang Pauh, di sini, malam tadi.


Mengulas mengenai senarai calon, Zainal Abidin berkata, UMNO negeri sudah mempunyai senarai pendek nama yang ingin diketengahkan kepada kepimpinan tertinggi parti.
Katanya, antara kriteria penting yang menjadi sandaran adalah calon mestilah anak tempatan yang tinggal di Permatang Pauh.
"Memang saya akui kita sudah ada beberapa nama calon, tetapi UMNO negeri menyerahkan keputusan berkenaan kepada Presiden untuk menentukan calon yang terbaik," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger