Murid terbabit menerima sumbangan wang tunai dan sijil penghargaan pada Majlis Meraikan Murid Cermerlang di Dewan Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Seri Ampangan, dekat sini baru-baru ini.

Zainal Abidin berkata, pihak­nya memperuntukkan sebanyak RM30,000 sebagai perhargaan ter­ha­dap murid-murid cemerlang tersebut selain mengurangkan be­ban keluarga mereka terutama menjelang sesi persekolah minggu tidak lama lagi.

“Kerajaan memberikan perhatian kepada murid dan pelajar dengan pelbagai bantuan disediakan seperti bantuan awal persekolahan RM100, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), buku teks, yuran persekolahan dan sebagainya,” katanya di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ibu bapa dan guru dapat memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berjaya kepada bangsa, agama dan negara.