Headlines News :
Home » » GUAN ENG JANGAN MENIPU RAKYAT FDI P.PINANG MENINGKAT - ZAINAL ABIDIN

GUAN ENG JANGAN MENIPU RAKYAT FDI P.PINANG MENINGKAT - ZAINAL ABIDIN




BUTTERWORTH 13 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa perlu lebih agresif dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) selepas kegagalan melonjakkan prestasi ekonomi negeri ini ke tahap lebih baik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, FDI negeri ini mencatatkan kemerosotan ketara meskipun cuba diselindungkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Saya tidak tahu dari mana Ketua Menteri mendapat fakta menyatakan FDI negeri ini meningkat sedangkan perkara sebenar ialah negeri ini semakin mencatatkan penurunan FDI sejak 2011.

"Jika dibiarkan, tidak mustahil suatu hari nanti negeri lain seperti Kedah akan memintas Pulau Pinang dari segi keupayaan menarik FDI. Kita mahu FDI negeri ini terus konsisten tetapi malangnya Kerajaan DAP yang memerintah sejak enam tahun lalu lemah dalam aspek ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini semalam.

Zainal Abidin mengulas kenya­taan Guan Eng kononnya FDI negeri ini semakin meningkat sehingga wujudnya keperluan untuk pihaknya memohon kepada kerajaan Pusat supaya meluluskan peruntukan sebanyak RM600 juta untuk membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Sebelum ini, Guan Eng berbangga mencanangkan pihaknya cekap dalam pentadbiran selepas negeri ini menerima FDI lebih RM12 bilion.

Namun, FDI negeri ini menurun secara konsisten bermula 2011 iaitu hanya sebanyak RM9 bilion.
Situasi lebih buruk dicatatkan pada 2012 selepas negeri ini semakin dijauhi pelabur asing dan sekadar menerima FDI lebih RM2 bilion.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun lalu pula, kedudukan ekonomi negeri ini tetap tidak berubah selepas hanya menerima RM59 juta FDI, jauh ketinggalan berbanding Selangor sebanyak RM175 juta dan Sarawak dengan lebih RM2 bilion.

Beliau menambah, tuduhan Guan Eng kononnya negeri ini diabaikan Kerajaan Persekutuan tidak benar kerana setiap tahun peruntukan besar mencecah berbilion ringgit disalurkan untuk projek pembangunan di negeri ini.

"Sebagai contoh, kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk menaik taraf LTAPP, lebih RM4.5 bilion untuk pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, ratusan juta ringgit untuk projek jalan raya di negeri ini serta banyak lagi," katanya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger