PULAU PINANG, 23 Julai – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim mendesak agar Dap mengambil tindakan tegas terhadap isteri kepada anggota Parlimen Tanjong, Yuki Tan di atas keceluparannya mengeluarkan kenyataan ‘Malaysia Negara Menggerunkan, Apa Jenis Negara Yang Tidak Berguna Ini’ dalam Bahasa Mandarin di laman faebooknya baru-baru ini.
Tegas beliau, sebagai seorang isteri ahli parlimen dan berpendidikan tinggi, Yuki seharusnya lebih peka sebelum mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu.
“Saya mendesak agar Dap mengambil tindakan terhadap Yuki yang ternyata cukup selupar sebagai pengajaran kepada ahli Dap yang lain. Jangan ada sifat pilih kasih.
“Kita lihat ramai pemimpin Dap yang suka mengeluarkan kenyataan melampaui batas dan berbau hasutan serta menghina namun tiada tindakan yang dikenakan. Ini termasuklah suami Yuki sendiri iaitu Ng Wei Aik yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina peniaga di Pulau Pinang.
“Jika ada pemimpin UMNO atau BN yang bercakap sedemikian sudah pastinya mereka akan habis-habisan mendesak agar dikenakan tindakan disiplin. Tetapi bagaimana apabila ianya terjadi kepada ahli dan pemimpin Dap sendiri.
“Mengapa sehingga kini tiada sebarang komen dari pihak pemimpin tertinggi Dap. Kenyataan Yuki itu amat mengguris hati rakyat Negara ini malah berbau hasutan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Malah Rafizal juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Yuki kerana kenyataannya itu boleh mendatangkan keadaan huru-hara kepada Negara.
“Sebagai rakyat negara ini, sudah pasti ramai yang tersinggung terhadap kenyataan Yuki itu malah telah ada laporan polis yang dibuat. Maka saya berharap agar pihak berkuasa turut memainkan peranan menyiasat perkara ini,” jelasnya lagi.
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
-
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik Ibarat biduk berlalu,
kiambang bertaut. Demi perjuangan untuk agama, tanah air dan bangsa,
ketepikan persel...
1 day ago
+ comments + 2 comments
Kalau Yuki sedsr negara ini adalah negara yang tidak berguna...untuk apa lagi beliau berada dalam negara ini...Boleh keluar dari negara ini dengan segera kerana tanpa beliau sekalipun MALAYsia tidak akan rugi apa-apa.
Kalau ikut logik kamu, seorang anak yg mengkritik bapanya sendiri sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan "tak guna", maka anak itu mesti keluar dr keluaga itu ke??? Melayu ini memang rasis, apa-apa pon nak kaitkan dgn kaum
Saya pon nak minta kamu keluar dr Malaysia atas sebab kamu pon insan yg tak guna!
Post a Comment