Headlines News :
Home » » PCM CADANG HARAMKAN PERKATAAN KATA-KATA KESAT DI DUN & PARLIMEN

PCM CADANG HARAMKAN PERKATAAN KATA-KATA KESAT DI DUN & PARLIMEN



Datuk Huan Cheng Guan calon daripada Parti Cinta Malaysia bagi PRK Bukit Gelugor pagi tadi mencadangkan kepada kerajaan dan pihak berwajib supaya menguatkuasakan pada masa akan datang perkataan-perkataan kesat seperti Celaka , Pariah , Bastard , Anak Haram  dan Kurang Ajar di haramkan daripada di gunakan oleh mana-mana wakil rakyat sama ada di Sidang DUN mahupun Sidang Dewan Rakyat.

Sekiranya perkataan-perkataa itu masih di gunakan , maka tindakan seperti menarik balik kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Parlimen haruslah di ambil.

Beliau dalam sidang medianya pagi tadi berkata demikian sewaktu di minta mengulas berkenaan kekecohan penyokong UMNO dan NGO Melayu yang merempuh masuk ke sidang dewan semalam.

Tindakan merempuh masuk ke sidang dewan tersebut sememangnya merupakan satu kesalahan dan beliau turut mahu pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya agar perkara yang sama tidak berulang.Dalam masa yang sama Datuk Huan juga menyeru speaker dewan supaya turut mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan Rayer kerana mengikut peruntukan undang-undang ianya tetap merupakan satu kesalahan.

Beliau dalam pada itu turut berkata "Jangan gunakan DUN untuk maki hamun mana-mana pihak dan bangsa lain" kerana sidang DUN seharusnya di hormati oleh semua pihak.

Dalam masa yang sama Datuk Huan mempertikaikan tindakan calon daripada DAP , Ramkarpal Singh yang menyalah gunakan dewan DUN untuk mengadakan sidang media.Malah tindakan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri menjadi jurucakap kepada Ramkarpal turut di pertikaikan.

Mengapa Ramkarpal tidak menggunakan bilik-bilik gerakan untuk pilihanraya yang di buka tetapi memilih untuk menggunakan kemudahan di Dewan Undangan Negeri yang tidak berada dalam kawasan Bukit Gelugor ?

-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger