Headlines News :
Home » » PM UCAP TAKZIAH KEPADA KEMATIAN KARPAL SINGH

PM UCAP TAKZIAH KEPADA KEMATIAN KARPAL SINGH



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang maut dalam kemalangan di kilometer 301.6, Gua Tempurung pada awal pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, beliau baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga, Turki ketika dimaklumkan berita itu.

"Saya baru sahaja mendarat di Ankara apabila diberitahu tentang berita Karpal maut dalam kemalangan jalan raya.

"Saya ucapkan takziah buat keluarganya," katanya yang dipetik menerusi laman Twitter.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger