Headlines News :
Home » » NGO CAP & SAM GESA KERAJAAN DAP KAJI SEMULA PROJEK SERI TANJUNG PINANG FASA 2

NGO CAP & SAM GESA KERAJAAN DAP KAJI SEMULA PROJEK SERI TANJUNG PINANG FASA 2




GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kesal kerana laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) bagi projek tebus guna tanah Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2) di Tanjung Tokong diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata walaupun desakan demi desakan oleh CAP, SAM dan pelbagai pertubuhan masyarakat supaya pihak berkuasa menjalankan kajian mendalam mengenai STP2, DEIA projek itu diluluskan minggu lepas.

 "Kami terkejut kerana panel kajian DEIA bagi cadangan projek tebus gunatanah ini memutuskan untuk meluluskan laporan walaupun beberapa bantahan dibuat, dan pelbagai isu dan persoalan masih belum terjawab," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Lembaga Pengarah Eastern & Oriental Berhad (E&O) semalam mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Tanjung Pinang Development Sdn Bhd, pada Jumaat lepas telah menerima surat kelulusan bersyarat bertarikh 10 April, 2014 daripada Jabatan Alam Sekitar.

Mohamed Idris berharap kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengkaji secara serius kesan daripada cadangan projek itu terhadap alam sekitar dan penduduk dan oleh itu tidak meluluskan cadangan projek STP2.

Bulan lepas, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan masyarakat menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mengkaji semula projek STP1 di Tanjung Tokong, yang didakwa telahpun menimbulkan kesan sampingan, sebelum meluluskan STP2. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger