Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO P.PINANG SOKONG PAS KELANTAN BAWA HUDUD KE PARLIMEN

PEMUDA UMNO P.PINANG SOKONG PAS KELANTAN BAWA HUDUD KE PARLIMEN




Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berkaitan Perlaksanaan HUDUD oleh Kerajaan Negeri PAS Kelantan 

 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana sekali lagi membangkitkan isu perlaksanaan HUDUD di negeri kelantan.

Pengumuman oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang menyatakan kesediannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat lewatnya tahun 2015 melihatkan keberanian serta kesungguhan PAS untuk mengerakkan perlaksaan HUDUD di negeri Kelantan.

 Bagi Pergerakan ini, ini adalah masa yang terbaik untuk membawa Undang Undang Allah S.W.T ini ke Dewan Rakyat tatkala undang undang peraturan buatan manusia masih gagal menyekat pelbagai gejala jenayah di muka bumi ini.

Tambahan pula, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta wakil parlimen PAS membawa usul dan membahaskan perlaksanaan hudud di parlimen memperlihatkan kesanggupan dan kesediaan kerajaan pusat untuk menerima Hukum HUDUD sebagai perlembagaan dalam kehidupan.

 Kami percaya, sebagai orang Islam kita semestinya menerima HUDUD sebagai perlembagaan dalam kehidupan dan sebagai kesinambungan terhadap Manqasid Syar'iyah.

Sebagai orang Islam yang ingin menegakkan hukum ALLAH S.W.T, Pemuda UMNO Pulau Pinang MENYOKONG SEPENUHNYA TINDAKAN PAS UNTUK MEMBENTANGKAN PRIVATE BILL PADA SIDANG DEWAN RAKYAT AKAN DATANG. 

 Pemuda UMNO Pulau Pinang juga ingin menyatakan bahawa PAS tidak perlu gentar dan takut terhadap mana mana pihak yang akan menentang hukum ini walaupun kawan mahupun lawan dalam membawa hukum ini ke Dewan Rakyat.

 Ini adalah perjuangan PAS selama ini, maka istiqomah lah dalam perjuangan ini.

 Rafizal Abd Rahim
 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger