Headlines News :
Home » » SPAD LULUS KENAIKAN TAMBANG PALING TERMAHAL TEKSI UNTUK GEORGETOWN

SPAD LULUS KENAIKAN TAMBANG PALING TERMAHAL TEKSI UNTUK GEORGETOWN




GEORGETOWN - Tambang teksi di kawasan Georgetown dijangka menjadi yang termahal di seluruh negara dalam tempoh terdekat jika diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Presiden Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang, Abd Malek Darus berkata kadar ambang yang akan dinaikkan mungkin termahal berbanding Kuala Lumpur dan Johor Bahru berdasarkan kedudukan bandar ini.

Beliau mendakwa kadarnya sudah diluluskan SPAD dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Sudah tiba masannya pemandu teksi di kawasan pulau menerima ganjaran yang sewajarnya bagi perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kepada pelancong asing.

"Kenaikan 70 hingga 80 peratus mengikut meter  tidak membebankan penumpang tempatan kerana mereka mempunyai pilihan pengangkutan awam lain yang lebih murah," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pemberian insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa, di Dewan Tunku, Komtar, hari ini.

Menurutnya, hanya empat hingga lima peratus penumpang tempatan yang masih menggunakan perkhidmatan teksi di negeri ini. 
 
Ini kerana ramai yang mempunyai kereta sendiri atau menggunakan perkhidmatan bas percuma atau bas biasa. 
 
"Kami percaya kenaikan tambang teksi di Georgetown tidak menjadi isu kepada penumpang tempatan," katanya.
 
Abd Malek berkata, buat masa ini, kadar tambang permulaan ialah RM4 bagi satu kilometer pertama dan 10 sen bagi tambahan setiap 115 meter perjalanan seterusnya. 
 
"Saya berharap kadar tambang baharu akan memberi suntikan kepada pemandu teksi untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penumpang, terutamanya pelancong asing yang merangkumi 90 peratus pengguna teksi di negeri ini," katanya.
 
Tahun lalu, SPAD meminta masa untuk mengkaji kadar tambang teksi sama ada bermeter atau tidak untuk dilaksanakan di seluruh negara.
 
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kajian itu memerlukan penelitian agar memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan hanya pemandu teksi.
 
Menurutnya, kajian itu juga perlu mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak iaitu pemandu teksi, pengguna dan persatuan pengguna.
 
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 8, 2014 at 9:05 PM

Tak pernah ada servis teksi yg baik pun di Pg. Tiap kali nak naik, di letak harga siap siap dan bayar lebih sebab balik tak dak penumpang.Ramai yg melepak tepi kompleks beli belah.Cari penumpang tak mau, cuma nak tangkap pelancong aje. Pi..dah

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger