Headlines News :
Home » » WANITA UMNO PMTG PAUH ANJUR CERAMAH PERDANA & BACAAN YASSIN SEMPENA MAULIDUL RASUL @dzainalabidin @BenBakarKP @WanitaUMNOMsia

WANITA UMNO PMTG PAUH ANJUR CERAMAH PERDANA & BACAAN YASSIN SEMPENA MAULIDUL RASUL @dzainalabidin @BenBakarKP @WanitaUMNOMsia



PERMATANG PAUH :  Sempena sambutan Maulidur Rasul , Wanita UMNO Permatang Pauh hari ini  menganjurkan program bacaan Yassin & Ceramah Perdana  di Bangunan UMNO Permatang Pauh .

Program ini bermula dengan bacaan Yassin oleh 500 ahli Wanita dan diikuti Ceramah Perdana Maulidul Rasul oleh Ustaz Suhaimi . 

Ia dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Negeri P.Pinang , YB Senator Norliza Abd Rahim . Beliau  turut memuji  program anjuran Wanita Bahagian ini yang turut menyemarakkan aktiviti  sambutan Maulidul Rasul dikalangan ahli wanita pergerakan itu . 

Selain itu , beliau juga mahu ahli Wanita lebih peka mengenai isu-isu semasa di media sosial bagi menangkis  fitnah  & penipuan  pembangkang memburukan kerajaan seperti  harga barang , banjir  &  isu kalimah Allah .

Ketua UMNO Bahagian Mohd Zaidi Hj Mohd Said ,Ketua Pemuda Bahagian Abu Bakar Sidekh , Ketua Puteri UMNO Cik Nur Syazana  turut hadir pada sambutan berkenaan. 









Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger