Headlines News :
Home » » GUAN ENG TAK LAYAK PENGERUSI JAWATANKUASA ISU TOKONG - SEMUT

GUAN ENG TAK LAYAK PENGERUSI JAWATANKUASA ISU TOKONG - SEMUT



PULAU PINANG  - Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan mempersoal pelantikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengerusi sebuah jawatankuasa yang akan menangani isu berkaitan tokong di negeri ini.
Menurut beliau, pelantikan Guan Eng itu tidak kena pada tempatnya kerana Guan Eng bukan individu yang layak mewakili kaum Cina beragama Buddha atau Taoist.

Beliau pada masa yang sama mendesak Guan Eng menumpukan usaha menyelesaikan isu berkaitan agama Kristian termasuk kontroversi berkaitan penggunaan kalimah Allah berbanding mencampuri urusan agama penganut lain.

“Kita juga melihat penubuhan jawatankuasa itu dan pelantikan Guan Eng sebagai pengerusinya bermotifkan politik dan pemimpin serta penganut agama Buddha serta Taoist menolak sama sekali campur tangan politik dalam urusan agama mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Guan Eng semalam mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menangani isu berkaitan tokong di negeri ini dengan beliau sendiri dilantik mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

Menurut Guan Eng, rangka kerja dan operasi jawatankuasa itu akan diperinci selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan pemimpin tokong dan menegaskan jawatankuasa tersebut tidak bermaksud mengambil alih pengurusan tokong terbabit.

Dalam pada itu, Cheng Guan berkata, selain tidak layak, pelantikan Guan Eng sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut juga seolah-olah membayangkan sikap tamak kuasa Ketua Menteri berkenaan memandangkan beliau ketika ini menyandang jawatan serupa di beberapa organisasi di negeri ini.

“Berapa banyak lagi jawatan pengerusi yang mahu dipegang Guan Eng di negeri ini?," katanya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger