Headlines News :
Home » » RAKYAT PERTIKAI GUAN ENG BELI MERCEDEZ SELEPAS BELI CAMRY BARU

RAKYAT PERTIKAI GUAN ENG BELI MERCEDEZ SELEPAS BELI CAMRY BARU




- Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memperjelas kewajaran beliau meluluskan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negeri ini terus merosot setiap tahun.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, ini berikutan timbul persoalan apabila kenderaan rasmi Guan Eng sebelum ini iaitu Toyota Camry 2.5 masih baharu iaitu digunakan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Lebih dikesalkan, katanya, keputusan itu tidak mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak terutama rakyat termasuk penduduk Pulau Pinang sendiri yang berdepan tekanan peningkatan kos sara hidup.

"Situasi Guan Eng ini ibarat syarikat yang tidak pernah mencatatkan keuntungan tetapi membeli kereta mewah untuk kegunaan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

"Sudah tentu ada yang tidak kena dengan situasi ini sekali gus memerlukan penjelasan lebih kukuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Keputusan Guan Eng itu dipersoal banyak pihak kerana dibuat ketika bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tahun keempat berturut-turut.

Tindakan seolah-olah bermewah-mewah dalam keputusan itu juga tidak menggambarkan keperibadian 'pemimpin berjiwa rakyat' yang sanggup menaiki penerbangan tambang murah AirAsia dalam urusan rasmi seperti digambarkan penyokong pembangkang terhadap beliau sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Muda Pulau Pinang, Jahangir Abdul Shukkur berharap Guan Eng akan menilai tindakannya tersebut terlebih dahulu sebelum mengkritik Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Menurut beliau, keputusan Guan Eng meluluskan pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi tidak menggambarkan budaya berjimat cermat seperti yang didesak pembangkang supaya diamalkan Kerajaan Pusat.

"Guan Eng tidak perlu lagi bercakap atau kritik orang lain kerana beliau sendiri tidak amal apa dinyatakannya.

"Sebelum ini beliau dakwa membeli Mercedes merupakan pembaziran, tetapi beliau sendiri meluluskan pembelian berkenaan yang kononnya untuk kegunaan rasmi di bawah hak sebagai Ketua Menteri," katanya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger