Headlines News :
Home » » INSIDEN BOM PETROL : MINDEF SEDIA KERJASAMA BANTU POLIS & MKN

INSIDEN BOM PETROL : MINDEF SEDIA KERJASAMA BANTU POLIS & MKN



KUALA LUMPUR, 28 Jan -  Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkoordinasi segala tindakan yang perlu dilakukan berhubung insiden melontar ‘molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Pulau Pinang, Ahad.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memandang serius perkara itu, berkata beliau melihat isu berkenaan sebagai tindakan terkini polemik negara yang akhirnya diterjemah kepada perlakuan lebih agresif.
“Kita kena tanganinya dengan cukup berhemah dan saya yakin pihak berkuasa mampu mengatasinya, saya sendiri sudah melalui isu ini ketika bersama Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Anugerah Sukan 2013 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira malam Ahad.
Dua bom botol itu dibaling ke pekarangan gereja berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan kerosakan serius.
Insiden itu dikatakan mempunyai kaitan dengan perbuatan menggantung kain rentang bertulis ‘Allah is great, Jesus is the son of Allah’ di luar gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor di sini.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger