Headlines News :
Home » » RM10 JUTA PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK USAHAWAN BUMIPUTRA P.PINANG

RM10 JUTA PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK USAHAWAN BUMIPUTRA P.PINANG



KEPALA BATAS - Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membantu usahawan bumiputera di negeri itu tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera MPBPP Muhamad Farid Saad berkata peruntukan itu akan membantu usahawan bumiputera menambah pusingan modal serta peralatan untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2013 (PenBEX) yang berlangsung sembilan hari bermula 21
Disember lepas itu di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menderong di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata pihaknya juga sedang berusaha menarik lebih ramai golongan muda di Pulau Pinang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menawarkan pelbagai kursus kepada mereka.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah 50,000 pengunjung dan sebanyak RM1.1 juta hasil jualan berjaya dicatat sepanjang tujuh hari penganjuran PenBEX.

"Sasaran kita adalah 70,000 pengunjung dengan hasil jualan tunai sebanyak RM1 juta, nampaknya nilai jualan telah melepasi sasaran walaupun berbaki dua hari lagi. Ini satu pencapaian yang baik," katanya.

Pada majlis itu, pengusaha restoran dan ladang kambing di Permatang Pauh menerusi syarikat Puncak Niaga Kristal Sdn Bhd Datuk Abdul Halim Ahmad dipilih menerima Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.

Abdul Halim membawa pulang wang tunai RM12,000, sijil dan trofi. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger