Headlines News :
Home » » ADUN BN TELUK BAHANG BERI PENJELASAN INSIDEN ROBOH GERAI MELAYU

ADUN BN TELUK BAHANG BERI PENJELASAN INSIDEN ROBOH GERAI MELAYU




BALIK PULAU 24 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat cuba mempolitikkan isu perobohan gerai peniaga di Teluk Bahang dekat sini baru-baru ini.
Beliau turut mempersoal tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah cuba menyalahkan pasukan keselamatan ekoran insiden seorang pegawai kerajaan negeri cedera dalam kekecohan sewaktu tindakan perobohan gerai itu dilakukan.

Menurut Shah Headan Ayoob, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah cuba mengalih isu sebenar iaitu mengenai nasib dan masa depan peniaga di kawasan tersebut yang dihalau tanpa sebarang jaminan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak memberi maklumat jelas mengenai arahan pengosongan gerai itu yang kononnya hanya melibatkan 14 gerai yang tidak lagi diusahakan.


"Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan, kenapa kesemua iaitu kira-kira 40 peniaga menerima arahan pengosongan itu jika yang mahu dirobohkan hanya sebanyak 14 gerai?

"Malah, peniaga ini juga tidak pasti mengenai gerai yang dikatakan tidak lagi diusahakan kerana majoriti gerai di situ menjalankan urus niaga seperti biasa sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahad lalu, kekecohan berlaku di Teluk Bahang selepas kumpulan peniaga di kawasan itu serta penduduk sekitar dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghalang tindakan penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada meroboh gerai mereka.

Ekoran kekecohan itu, seorang pegawai kerajaan negeri dilaporkan cedera dan beberapa wakil NGO ditahan polis.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger