GUA MUSANG, 4 Nov - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Pertama kata beliau kemenangan di kedua-dua kawasan adalah disebabkan rakyat yakin dengan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah katanya kemenangan di Galas dan Batu Sapi kerana rakyat terutama pengundi percaya dengan kemampuan Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Musa Aman serta pimpinan UMNO dan BN yang lain.
“Kedua mereka mula hilang keyakinan kepada pimpinan pembangkang Pas, DAP, PKR dan SAPP. Ketiga mereka menghargai segala pembangunan dan kemakmuran yang dilakukan BN selama ini dan mengharapkan ianya diteruskan lagi.
“Manakala keempat ialah dasar utama negara seperti Gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi adalah menarik dan menyakinkan bermanfaat untuk rakyat terbanyak”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Tegas beliau pendekatan politik sederhana BN ternyata diterima baik rakyat yang jelas menolak budaya ekstrem, fitnah dan politik kebencian. -MediaUMNO
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
2 days ago
Post a Comment