Headlines News :
Home » » TENDER TERBUKA : LAUNGAN CAT HANYA SANDIWARA GUAN ENG - RAFIZAL

TENDER TERBUKA : LAUNGAN CAT HANYA SANDIWARA GUAN ENG - RAFIZAL



PULAU PINANG, 17 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata laungan demokrasi, adil, telus termasuklah slogan Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) hanyalah satu sandiwara politik dalam parti DAP.
Ujarnya, demokrasi dan slogan CAT sebenarnya tidak wujud kerana telah terbukti berulang kali di antaranya isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat CEC yang tidak selesai hingga kini, rumah kos mampu milik, sikap pilih kasih dan urusan pemberian tender.
“Terbaru berkenaan urusan pemberian tender terhadap satu syarikat bagi projek penebatan banjir di negeri ini. Ianya telah diluluskan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng tanpa melalui tender terbuka. Adakah ini menggambarkan ketelusan, akauntabiliti dan juga kecekapan kerajaan negeri?
“Ini isu terbaru… isu lama juga tidak pernah selesai hingga kini. DAP masih ‘berhutang’ dengan rakyat negeri ini berkenaan kontroversi CEC. Walaupun pemilihan tersebut telah diadakan semula namun masih ada pelbagai permasalahan yang tidak terjawab contohnya ‘pengundi hantu’ yang wujud dan juga notis yang tidak diserahkan yang telah mengakibatkan perwakilan dinafikan hak untuk mengundi.
“Jadi, adalah lebih baik DAP jangan membuka mulut mengenai demokrasi sedangkan mereka sendiri terlalu jauh dengan demokrasi,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, sikap DAP yang sering menyalahkan kerajaan pusat berkenaan demokrasi malah menuduh negara ini tidak mengamalkan demokrasi juga sebenarnya harus dituju kepada parti mereka sendiri.
“Jika benar mereka mengamalkan demokrasi maka mereka perlu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan ahli mereka sendiri berkenaan pemilihan CEC dan juga berkenaan isu terbaru pemberian tender secara terus projek penebatan banjir ini.
“Jika tidak mampu menjawab, maka jelas terbukti demokrasi laungan DAP hanyalah satu permainan politik untuk mengaburi mata dan memperbodohkan rakyat,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger