Headlines News :
Home » » PEMILIHAN WANITA KEPALA BATAS DIADAKAN SEMULA PADA 16 OKTOBER

PEMILIHAN WANITA KEPALA BATAS DIADAKAN SEMULA PADA 16 OKTOBER



Pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas akan diadakan semula pada 16 Oktober ini.
Ia selepas Zabariah Wahab dan pencabarnya Rokiah Bee Hassan memperoleh jumlah undi yang sama.
Memetik laporan bernama, kedua-dua calon memperoleh 192 undi setelah proses pengiraan berakhir lewat malam tadi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bahagian Kepala Batas, Datuk Yahaya Hamid, keputusan mengadakan pemilihan semula dibuat selepas pengiraan undi dilakukan sebanyak lima kali, masih memperoleh keputusan yang sama.
Sesi pemilihan akan berlangsung di Dewan UMNO Kepala Batas
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger